BICARA BANGSA

Wednesday, May 6, 2009

ISU BELAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS(PPSMI)

Kekadang saya sangat hairan dengan orang-orang politik Melayu kita ni....!!! kalau saya tengok berita ... bila interview dengan ahli politik Melayu ni..asik-asik nak jawab dengan bahasa Inggeris....macam nak tunjuk dia terer sangat bahasa Inggeris...tapi yang peliknya pulak...selalu juga ahli politik berbangsa Cina pulak...suka pulak menjawab soalan reporter dengan bahasa Melayu...kekadang sangat baik 'grammar' nye....!!! ..diorang nak tunjuk bahawa diorang terer berbahasa Melayu ler tu kot...!!! Apa nak jadi dengan ahli politik Melayu ni....!!

Kalau nengok berita luarnegara pulak .....baik ahli politik Rusia ker....Jerman ker.... Itali ker..Jepun ker....Cina ker....Perancis ker...saya rasa semua menjawab soalan reporter dalam bahasa diorang..... kecuali Sutieusaha PBB yg berbangsa Korea tu jer le kot.... terpaksa cakap Inggeris ler..sebab jawatan PBB..tapi kalau dia balik Korea..dia jawab dalam bahasa Korea ler tu...!!

Saya ada dengar sesetengah ahli politik Melayu ni..kat rumah pun dengan anak-anak diorang cakap Inggeris you...!!! Teruknyer....!!!

Ini bukan le nak belajar bahasa Inggeris..tapi nak jadi orang Inggeris nih....??? sampai kan dalam rumah pun dengan anak-anak cakap Inggeris...?????

Saya termasuk dalam era pelajar U tahun 1976 hingga 1982 di UKM. Pada masa tersebut..memang kita belum ada lagi Istilah Sains Bahasa Melayu. Jadi puak-puak zaman kami bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) membuat perjumpaan setiap bulan bagi pembentukan Jawatankuasa Istilah Bahasa Melayu terutamanya Istilah Sains Bahasa Melayu..Istilah Geologi, kimia, Biologi, Fizik, Matematik, Perubatan, Kedoktoran dan lain-lain..sehinggalah pada tahun 1980 ke 1982 maka terbentuklah setiap satu Kamus Istilah Sains Bahasa Melayu dalam bidang masing-masing dan telah diterbitkan.

Jadi , kami masing-masing berasa teramat bangga kerana mempunyai istilah sains dalam bahasa Melayu. Walaupun buku rujukan kesemuanya masih dalam bahasa Inggeris tetapi kuliah kami masih dalam Bahasa Melayu. namun kami tahu setiap istilah Inggeris tersebut dalam Bahasa Melayu. Semua keluar dari U dengan bangganya serta tahu bahawa bangsa mereka juga mempunyai istilah Sains sendiri.

Maka dengan keperluan Universiti yang memerlukan pensharahnya melanjutkan pelajaran keperingkat master dan juga Phd keluar negara terrutamanya ke USA dan UK yang tentunya menggunakan bahasa Inggeris, maka mereka ini pergilah ke destinasi tersebut. Kesemuanya lulus dengan cemerlang dan seterusnya beberapa ramai lagi yang pergi hingga kehari ini...!!!

Pada masa tersebut... Petronas baru saja dibuka sebagai syarikat RM2.00.. disebabkan memerlukan kakitangan pelbagai bidang dari geologi, fizik, kimia akauntan..maka berduyun-duyun lah member kitaorang pergi kerja kat Petronas...... Posting diorang masa awal-awal kat Malaysia..tapi lama-lama bila Petronas berkembang..kene le diorang keluar negara..ada yang ke Jepun, UK, US, Perancis, Negara-negara Arab seperti Dubai, United Arab, Sudan, Qatar, Afrika..... Jadi bukan sahaja bahasa Inggeris sahaja yang diorang kene belajar kalau kita nak ke "GLOBAL". bahasa lain pun kene belajar juga sedikit sebanyak...!!!!

Kekadang kita terfikir juga, macamana dari belajar kat U tu guna bahasa Melayu..buku rujukan pulak bahasa Inggeris...boleh pulak keluar negara..kene cakap pelbagai bahasa...menguruskan Petronas dari two Dollar Comapny..kini Billion Dollar Company...????

Bertambah pelik ..kalu nak pelik la...diorang pergi buat Masters dan Phd kat USA ker UK ker...bawa bini..orang kampong lak tu.... anak-anak dari umor 1 tahun hingga ada yang dah sekolah menengah kesana..tau bahasa Inggeris sikit-sikit lak tu..lagi yang tengah Tadiak tu..macamana diorang nak berdsosial dengan kekawan diorang.....???

Kita silap rupanya..yang bebudak kecik ni rupanya lagi teruk dari mak bapak diorang . dah ler duduk kat UK ke USA tu cuma 2-3 tahun jer dengan mak bapak kat sana.....bila balik kampung...you tau.????? dengan nenek diorang pun diorang cakap Inggeris..you tau.... terkedu le si nenek-nenek dan Datuk diorang kat kampong ni..... dengar cucu cakap dengan diorang cakap orang putih .....!!

Bila diteliti pulak istilah bahasa Inggeris ini terutamanya istilah sains..tak kira le.istilah biologi ker, kimia ker..fizik ker....perubatan ker..... sebenarnya ia bukanlah dari perkataan Inggeris ..tetapi kebanyakkannya dari perkataan "GREEK". Rupanya perkataan Greek ini telah di "Inggeriskan"...sama ler dengan apa yang telah kami buat ..sebenarnya ..." MeMelayukan" istilah Greek yang telah di"Inggeriskan" oleh Orang Inggeris. Cuba ler tuan-tuan rujuk le perkataan sains..katakan ker Biologi....apa dia Phylum, spesis-spesis tumbuhan, haiwan. . ...takde pun bunyinyer macam bunyi Inggeris...kerana perkataan tersebut bukannya dari perkataan Inggeris..sebab Bangsa Greek/Roman telah menjajah England selama seribu tahun..maka jadilah Bangsa Greek/Roman ni "meRomankan bahasa Inggeris" ni....sampaikan ramai orang menganggap bahawa perkataan tersebut adalah perkataan Inggeris...... baru le padan muka Inggeris.....pasal kene jajah Roman....!!!

Saya pun semasa berkhidmat dengan jabatan kerajaan, kurang berbahasa Inggeris, maklumlah jabatan kerajaan kurang perlu berbahasa Inggeris, namun client jabatan kami datangnye dari seluruh dunia ler...kene juga la entertain diorang dengan berbahasa Inggeris..bahasa Pertuturan International.... pernah juga buat Joint project dengan JICA(Japanese International Cooperation Agency) ..selama setahun...partner seorang Jepun..Chemical Engineer...cakap Inggeris pun kelamkabut gak..tapi kami joint venture project Geologist and Chemical Engineer..... saya bagi dia kamus Melayu Jepun..diapun bagi saya kamus Jepun Melayu....sampai akhir setahun....saya tau ade le 3-4 patah je bahasa jepun..dia pun sama gak..takde masa.. selesai je projek..kami kilang tersebut dapat jimatkan RM6 Juta setahun..hasil kajian kami.....!!!!

Saya pun ade kene beri seminar anjuran United Nation di Perth, Australia mewakili negara..sudah tentunye le kene beri presentation dalam bahasa Inggeris.....sampai kat sana..jumpa le peserta dari , Korea, Thailand, Mongolia, Pakistan..Australia..... semua kene beri presentation dalam bahasa Inggeris. maklumlah..bahasa Inggeris masing-masing dari Pakistan, Mongolia..ade yang teruk gak.... tapi kami ada hard copy dan overhead presentation..takde le masaalah sangat..... semua bolih communicate.....!! technically...!!!!
lepas tu saya kene pergi kursus Intelligent ke UK dan Nottingham...diorang letak saya sewa bilik kat rumah orang putih..katanya supaya saya cepat belajat bahasa Inggeris.......maklumlah keliling semua orang putih kat Nottingham ler katakan..negeri Robin Hood...!!
Saya rasa lepas 3 minggu jer..bahasa Inggeris saya "improved" ..maklumlah hari-hari jumpa orang putih jer...kekadang siap dengan 'slang' lagi you... begitulah rupanya nak belajar bahasa Inggeris..sebenarnya bukan belajar pon....dari darjah satu sampai ke U dah kene belajar bahasa Inggeris ......!!!.. Bukan belajar sebenarnya.....keadaan yang membenarkan kita berbahasa.....!!!!
Lepas keluar dari kerajaan, saya dengan rakankongsi membuka perniagaan Granit...antara projek yang kami buat adalah bangunan "Menara Telekom, Ibu Pejabat Affin Bank, jln Raja Chulan, Yayasan Hassanal Bolkiah, Brunei DS.."..tetapi hampir kesemua mesin kilang yang berharga RM30 juta adalah buatan Itali,...kami terpaksalah berjumpa dengan syarikat dari itali dan membawa semua jurutera dan juteknik "technician"nya dari Itali..... bagaimana nak pasang mesin Itali ni...??? dalam manualnya ada perkataan teknikal Englishnya..jadi kami dengan jurutera Itali paham.....dalam bahasa Itali..apa istilahnya...dalam bahasa Melayu apa istilahnya......so..... dalam bahasa Inggeris apa istilahnya untuk kami memahami bahasa teknikal Geo-engineeringnya....samalah dengan bekerja dengan Jepun.....istilah.... Geo-Chemical nya.. jadi jepun paham bahasa dia... saya paham bahasa Melayunya....jadi apa maknanya dalam bahasa Inggerisnya supaya kami boleh "bercommunicate" bagi menyelesaikan masaalah teknikalnya. Jadi projek besar manapun..tak kiralahkilang kami yang hanya sebesar RM30 juta atau kekawan kami yang sama-sama menguruskan Petronas berbillion Ringgit tu...sebenarnya tiada masaalah pun....English is for communication...... istilah teknikal masing-masing ada istilahnya.
Jiran saya ..anak dia baru balik dari Jepun .. JPA hantar kursus disana..sejak konsep pandang ketimur yang di anjurkan oleh PM Mahathir dulu... kene belajar Jepun 2 tahun kat UM.... ha.... yang ini baru betul-betul belajar bahasa..pasal sepatah haram pun tak tau...!!! ialah bahasa Ultraman..... sapa nak belajar....???

Balik ke Malaysia ..patutnya jadi mechanical engineer ler....tapi syarikat Jepun yang dia bekerja lebih memerlukan dia sebagai translater bagi syarikat automotif daripada kelulusan dia.....nak buat macamana..??
Kalau kita lihat negara-negara lain seperti Rusia, Itali, Jepun, Korea, Peranchis, ..apa yang diorang tidak bolih buat...naik kebulan, kapal, kapal selam, kapal terbang, kereta....semuanya dalam bahasa diorang..cuma kene belajar sikit bahasa Inggeris ..terutama untuk communication...bahasa perniagaan..bukan bahasa rujukan.... kalau tidak tahu istilah bahasa sains dan matematik..tanyalah kepada ahli sains matematik...katakanlah nak tau istilah geologi dalam bahasa Melayu..tanyalah kepada ahli geologi.....kalau naka belajarlah.... jangan kata tak ada istilah ler..susah ler.....
Habis apa akan jadi..sepuluh tahun lagi......bila tuan-tuan dah ada anak cucu nanti....bila tuan-tuan tanya cucu tuan-tuan satu(1) campur satu(1)..... berapa..???....kalau cucu tuan-tuan jawab...... " I don't know...I know one(1) plus(+) one equal(=) to two(2)...... tuan-tuan jangan lah marah...sebab tuantuan yang minta keadaan tersebut berlaku......?????
Ada pepatah Arab mengatakan ..tuntutlah ilmu hingga kenegara Cina..sebab negeri Cina terletak dibelakang dunia arab....kalau kita tuntutlah ilmu hingga ke England atau Amerika..kerana England atau Amerika dibelakang bumi Melayu..... yang pentingnya adalah menuntut ilmunya..bukan bahasanya.....!!!!
Soalannya yang paling penting adalah ilmunya bukan bahasanya...!!!

Hakikat Kehidupan Manusia dan Kebesaran Tuhan

Kayu juga menjadi fosil(Era Mesozoik)

Fosil Tulang Dinasour(Era Mesozoik)

Fosil tulang Dinasour(Era Mesozoik)



Fosil tapak kaki Dinasour(Era Mesozoik)


Spesis yang sama zaman Cambrian(Era Paleozoik) berusia 450 juta tahun bolih ditemui di Pulau Tarutau, utara Langkawi


Rupa Fosil Kerang Era Paleozoik



Rupa Fosil Siput Era Paleozoik



Fosil Siput Zaman Paleozoik(Silurian- 443-417 juta tahun)


Tuhan telah jadikan dunia ni sejak..kalau nak ikut Quran .."tuhan telah mencipta dunia(bumi) ini selama enam masa(6)..kalau dalam kajian Geologi ..bumi ini telah wujud sejak 600 juta tahun...jadi .. 6 masa yang dimaksudkan dalam Quran tu..samalah dengan 600 juta tahun...satu masa bersamaan dengan 100 juta tahun...!!!!


Manusia sebenarnya tidak mengetahui apa2 mengenai kehidupan yang telah tuhan ciptakan selama 600 juta tahun..tetapi dalam Quran tuhan telah menceritakan tentang kehidupan manusia sejak zaman nabi Adam...dan tidak sebelum itu...!!! manusia hanya telah Tuhan campakkan kedalam dunia(bumi) ini baru/tidak lebih dari 3 juta tahun...jadi bahasa ustaz dimasjid tu.....yg mengatakan manusia hidup dibumi ini hanyalah bagai hujung kuku sahaja..hampir benar..... 2/600,000,000 tahun sahaja...atau... 0.000,000,000,03.333 tahun sahaja.....!!! begitulah pendeknya kehidupan manusia diatas bumi ini...sejak zaman nabi adam lagi...... jadi siapa atau apa yang tuhan hidupkan dibumi ini sebelum manusia ini.. sejak sebegitu lamanya tanpa manusia...?????


Dalam Quran tuhan ada menyatakan sekiranya kamu mahu mengetahui sesuatu perkara maka tanyalah kepada ahlinya..... pakar Geologi...atau lebih dekat lagi pakar Paleontologi......ahli geologi yang menkaji sejarah hidupan didunia.....???? Jangan pula kita hendak membangkang bagaimana mereka mengetahuinya..... belajarlah geologi atau jadilah ahli paleontologi dahulu.....!!!


Ahli Geologi telah membuat kajian dan telah mengesahkan bahawa bumi ini telah ujud sejak 600 juta tahun dahulu.....dan dari kajian mereka.... bumi ini telah pun dua(2) kali mengalami kiamat hidupan..iaitu Era/Zaman Paleozoik..dari 600 juta tahun hingga 300 juta tahun....kiamat pertama.... siapakah yang hidup dizaman Paleozoik......kebanyakkannya adalah beribu2 spesis jenis siput dan kerang. Kenapa pula tuhan mahu matikan/kiamatkan hidupan ini..????
Walaubagaimanapun, bagi mengesahkan bahawa zaman tersebut hanya siput dan kerang..maka tuhan teruskan beberapa spesis siput dan kerang ini sehingga kehari ini....sebagaimana dalam Quran....."..sesungguhnya untuk petunjuk bagi manusia zaman akan datang.."

..Selepas kiamat pertama..... Ahli geologi menamakan zaman kehidupan Mesozoik pula. Ahli geologi membahagikanya kepada zaman(Triassic..Jurassic..Cretasic)..tapi kita lebih tahu tentang Jurassic..pasal ada felim Jurassic park...!!!......dimana haiwan reptilia..atau lebih terkenal sebagai Dinasour....bermula dari 300 juta tahun sehingga 150 juta tahun....Tuhan hidupkan pula berbagai spesis dinasour...dan akhirnya tuhan matikan kebanyakkannya..dan serupa seperti zaman Paleozoik..tuhan hidupkan beberapa spesis dinasour ini hingga kehari ini..seperti badak, gajah...bagi petunjuk umat manusia dimasa akan datang....!!!!!..juga soalannya..kenapa tuhan matikan mereka ini.....????
Dari 150 juta tahun hingga kehari ini...zaman Proterozoik..... pula berbagai spesis pula tuhan jadikan...kebanyakkannya mamalia..dan akhirnya manusia dipenghujungnya...kurang dari 3 juta tahun.......dan kenapa manusia..????..dan kini kita sedang menunggu kiamat hidupan kali ketiga......dan kiamat akhirnya dunia....!!!!



Satu lagi kebesaran tuhan..adalah hidupan ini walaupun telah mati masih lagi bolih dikesan kewujudannya sebagai fosil didalam batu......!!!! Fosil inilah yang dikaji oleh ahli paleontologi...!


Ada setengah spesis tuhan hidupkan sehingga 400 -600 juta tahun..dan ada spesis tuhan hidupkan cuma beberapa juta tahun sahaja...biasanya dalam lingkungan 10 juta tahun...dan ahli paleontologi menggunakan spesis hidup pendek ini sebagai fosil indek..bagi menentukan tahunnya batuan dimana fosil tersebut dijumpai. Begitulah kebesaran tuhan bagi mengajar manusia tentang kehidupan.....!!!

Apabila manusia tuhan jadikan pula.....dari zaman nabi Adam hingga ke Nabi Muhammad....tuhan telah menurunkan beberapa Nabi dan Rasul dengan wahyu dan 4 kitab..Taurat, Zabur, Injil dan Quran.... semuanya bagi memberitahu manusia agar mengikut peraturan dan undang-undang untuk hidup diatas dunia ini....semua cerita-cerita mengenai manusia dan sejarah kehidupan manusia sejak zaman nabi Adam telah tuhan ceritakan dalam kitab-kitab tersebut.


Kalau tidak kerana adanya kitab-kitab tersebut..mungkin kita tidak tahu tentang sejarah manusia ini.... Tidak kiralah mereka berugama apa...zaman dahulu.. manusia tidak tahu menulis dan membaca.....sampai zaman bilakah manusia baru tahu membaca dan menulis...???? 2,000 atau 4,000 tahun dahulu????....zaman nabi Ibrahim?..zaman nabi Daud??...Bukankah kitab-kitab ini yang menjadi panduan hidup manusia tak kira ugama apa mereka anuti......????